sinopsis sayangi jawi......

ramai yang telah melupakan jawi....sedih....cukup sedih ramai di kalangan orang islam sendiri tidak tahu membaca jawi..sungguh menyedihkan..jadi harapan saya semoga lman ini dapat memberi manfaat kepada student2 diluar sana untuk lebih meminati jawi dan seronok untuk belajar jawi.....jom sama-sama kita menyayagi jawi.....

sejarah

mari la sama-sama kita baca sejarah tulisan jawi...mesti korang tak tau sangat kan....lupa atau .......?

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman
Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa
Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

jom baca

TULISAN JAWI
Tulisan jawi merupakan tulisan warisan bangsa Melayu sejak dahulu lagi. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Ia telah digunakan dengan meluas terutamanya dalam kitab-kitab ternama agama Islam. Ianya berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Bahasa Melayu kini ditulis dengan tulisan rumi.

Tulisan jawi merupakan tulisan asal dalam sejarah perkembangan bangsa Melayu. Ketika itu, bahasa Melayu terkenal sebagai linguafranca para pedagang asing.Ia ditulis dengan meluas pada kertas, kayu, batu, logam dan lain-lain lagi. Ia merupakan tulisan yang menyampaikan warisan adat istiadat bangsa Melayu.

Oleh itu, orang Melayu perlu mempertahankan tulisan jawi daripada terus pupus. Penggunaannya dalam kehidupan harian perlulah diperbanyakkan. Demikian halnya dengan tulisan bangsa lain seperti tulisan Cina dan Tamil yang dipertahankan hingga kini walaupun peredaran masa amat pantas. Tulisan nenek moyang kita perlu dihargai.

Pembelajaran bahasa Melayu sebenarnya tidak akan lengkap tanpa tulisan jawi. Dalam bahasa Melayu sendiri terdapat perkataan yang dipinjam dari bahasa Arab. Sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat kalau ditulis dengan huruf rumi. Demikian halnya kalau bahasa Cina dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti janggal apabila menyebut perkataan itu.

Tulisan jawi memiliki sejarah serta keistimewaannya tersendiri. Penggunaannya harus disemarakkan dan dipertahankan kalau tidak mahu ia pupus. Walau bagaimanapun, tulisan Jawi kini mungkin tinggal sebagai bahan sejarah dan bahan tontonan orang ramai semata-mata. Berapa ramaikah di kalangan kawan-kawan yang boleh membacanya?